SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, September 30, 2009

KHASIAT BUAH PISANG

BUAH PISANG .
Mengandungi tiga jenis gula alami – Sukrosa, Fruktosa dan Glukosa yang dikombinasikan dengan FIBER , Pisang memberikan tambahan sokongan energy yang langsung cukup banyak.Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua buah pisang mendukung energy yang cukup untuk kuat selama 90 minit ,Tidak hairan mengapa pisang merupakan buah nombor sart yang banyak dikonsumsi oleh atlit dunia .Namun bukan hanya energy yang dihasilkan , buah pisang juga dapat menjaga tubuh selalu fit .Dan membantu untuk mencegah beberapa penyakit ,diperlukan untuk menambah diet harian kita .
Depresi : Berdasar survey terbaru oleh “MIND” terhadap orang yang mengalami depresi banyak yang terbantu setelah mengkonsumsi buah pisang .Oleh kerana pisang mengandungi Tryptpthan , sejenis proten yang diatur tubuh menjadi Serotonin , diketahui dapat membawa efek relax ,menambah suasana hati pada umumnya menjadi lebih baik.
PMS :(Sindrum yang terjadi pada kebanyakkan wanita mulai hari kedua hingga ke hari 14 kedatangan haid ) : lupakan ubat –ubatan , makanlah pisang ,Vitamin B6 yang terkandung di dalamnya boleh mengontrol tingkat gulkos darah , dapat mengawal keadaan tubuh lebih baik .
ANEMIA :(Kekurangan darah ) : Tinggi zat besi , buah pisang dapat merangsang produksi hemoglobin (sel darah merah) memabantu untuk penyakit ANEMIA.
TEKANAN DARAH : Buah tropika yang unit ini mengandungi zat potassium yang cukup tinggi dan rendah garam , membuat tekanan darah menjadi lebih baik .Dan banyak lagi, sebuah perusahaan makanan dan ubat – ubatan di Amerika Syarikt menyatakan : Buah pisang dapat mengurangi resiko dari tekanan darah tinggi dan penyakit STROKE .
VITAMIN / ENERGI UNTUK OTAK : 200 orang pelajar sekolah di TWICKENHAM (MIDDLESEX) terbantu di dalam ujian mereka setalah mereka makan di waktu sarapan , waktu rihat dan makan siang .Penelitian juga memperlihatkan bahawa buah pisang yang disertai zat potassium dapat membantu mata tidak menggantuk .
SEMBELIT : Tinggi kadar faber , dapat membantu program diet untuk mengempiskan bahagian perut , membantu mereka yang sembelit dengan mendapat berak berdarah .
RASA SAKIT : Adalah satu cara yang palin mudah dan cepat untuk mengubati rasa sakit , dengan mencampurkan buah pisang dengan air susu dan madu .Buah pisang dapat meredakan perut dan madu dapat membantu merendahkan kadar gula , dan susu pula dapat meredakan proses penghadaman .
SAKIT JANGTUNG : Buah pisang memiliki zat asam semut (penetral asam )yang alami terhadap tubuh , dan jika anda menderita kerana ada bahagian yang sakit pada jantung , cuba untuk makan pisang untuk meringankan rasa sakit tersebut .
RASA SAKIT BANGUN TIDUR : Makan buah pisang setelah sarapan dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan sengal –sengal pada tubuh setelah bangun tidur .
GIGITAN NYAMUK : Kalau anda digigit nyamuk , gunakan bahagian dalam kulit pisang sapukan pada tempat gigitan nyamuk , insyaallah akan hilng gatal .
URAT SARAF : Buah pisang yang mengandungi vitamin yang tinggi dapat ,membantu menenangkan sistem saraf .
KELEBIHAN BERAT BADAN DAN BEBAN PEKERJAAN : Mengikut kajian di Instiut Psikologi di Austria menemukan bahawa tekanan pada pekerjaan mendorong seseorang untuk makan snack , coklat , keripik dan lain –lain , dari 5000 pesakit dari sebuah rumah sakit ditemukan bahawa obesitas (kegemukkan ) disebabkan oleh tekanan pekerjaan . Hasil lapuran menyatakan “ Bahawa untuk menghindarkan ketagihan memakan tersebut, maka hendaklah memakan pisang “.
BAHAGIAN PENCERNAAN : Pisang digunakan sebagai makanan diet mencegah gangguan pencernaan kerana lembutnya bahagian isipisang itu .Hanya buah mentah ini sahaja boleh digunakan untuk pencernaan yang baik .
PENGEDALIAN SUHU : Banyak pendapat mengtakan bahawa buah pisang ini boleh digunakn sebagai penyejuk suhu badan bagi seorang ibu yang hamil .
MEROKOK : Buah pisang dapat membantu orang untuk berhenti merokok , kerana kandungan Vitamin B6,dan B12 dan juga kandungan potassium dan magnesium membantu tubuh badan mencegah efek dari gangguan akibat zat NIKOTIN .
STRES : Pitossium merupakan mineral penting yang dapat menormalkan detik jantung , mengirim oksigen ke otak dari mengendalikan kadar cairan tubuh .Saat kita sedang mengalami STRES (gangguan fikiran yang dapat mengakibatkan gangguan badan ) tingkat metabolisme menjadi naik , dan kerananya mengurangkan kadar Pitossium .Ini dapat dikendalikan dengan makanan ringan dari pisang yang kaya dengan kadar Pitossiumnya.
STROKE :( Jenis penyakit yang diakibatkan kehilangan fungsi dari anggota atau bahagian lain tubuh diketika aliran oksigen dalam darah terganggu ). Menurut penelitian “ JURNAL MEDIS DI NEW ENGLAND ‘ Memakan buah pisang adalah sebahagian dari program DIET yang dapat mengurangi resiko kematian akibat STROKE sebanyak 40% .
Oleh kerana itu memakan buah pisang merupakan pengubatan ALAMI untuk pelbagai penyakit . Dibandingkan dengan buah –buah yang lain , speprti apple ,pisang lebih 4 kali ganda proten dua kali ganda zat karbohidrat , 3 kali ganda fospor . 5 kali ganda Vitamin A dan zat beai , 2 kali ganda mineral dan vitamin lain , juga kaya kadar potassium dan merupakan buah terbaik yang mudah di dapati. “BUAH PISANG MEMBUAT KITA JAUH DARI DOKTOR “ kerana kita sentiasa sihat .

WASSALAM .

Tuesday, September 29, 2009

WASIAT KEPADA PENGANTIN BARU

Ahmad telah berkata “telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih , dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :”Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
“Wahai Ali , bila pengantin masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia )tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua –dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah swt menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila , sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut .Laranglah pengantin itu (pengantin perempuan) daripada memakan dan meminum empat jenias makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1.Susu
2.Cuka
3.Ketumbar
4.Apple masam
Saidina Ali bertanya :”Wahai Rasulullah , mengapakah empat jenis makanan ini dilarang ?
Baginda menjawab :”Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk , dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak .Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak “.
Saidina Ali r.a bertanya :”Wahai Rasulullah SAW , mengapakah cuka itu dilarang .? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan )” Baginda menjawab :”Apa ia minum cuka semasa haid.sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna , mengenai ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepada kelahiran.Tentang Apple masam ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikah haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya .
“WAHAI ALI PERLIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMERLIHARANYA DARI JIBRIL A.S:.

Monday, September 28, 2009

BETAPA AGUNGNYA TUHAN .....

Kejadian berlaku di sebuah Negara yang tidak dapat dipastikan namanya .Masyarakat dalam Negara itu hidup dalam aman dan damai .Rata – rata penduduknya adalah yang menganut Agama Islam .
Suatu hari datang seorang cendekiawan Kristian , yang ingin menguji keagungan dan kebesaran Tuhan yang disembah . Cendekiawan itu berjumpa dengan raja Negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk – penduduk Negara itu .
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah , jika dia dia dikalahkan , dia berserta seluruh ahli keluarganya memeluk Islam .Sebaliknya jika ia menang , raja hendaklah member dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya disitu.Dan Syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat .
Kemudian raja pun mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah dikenakan hukuman yang berat .
Setelah hamper waktunya, muncullah seorang pengembara kambing Islam yang ingin membela agamanya .Sultan membenarkannya masuk pertandingan itu kerana tiada siapa yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan , rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukan bertentangan dengan cendekiawan kirstian .Bermulalah soalan , cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin .Gembala kambing itu menunjukkan dua jarinya kepada hadirin .Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari , jawapannya juga betul , cendekiawan itu menunjukkan lima jari , gembala kambing itu menunju
Cendekiawan yang tidak puas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya , kemudian gembala kambing itu menunjukkan penumbuk tangannya .Betul lagi … Lalau cendekiawan tersenyum puas hati .C endekiawan mengeluarkan pedang menghalakan ke langit .Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya , lalu dijunamkan ke bumi . Betul , lalu cendekiawan menepuk tangan , cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangannya,dan gembala kambing menunjukkan telor ditangannya .Betul .Maka tamatlah sesi perdebatan .
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing . cendekiawan itu mengadap raja untuk menerangkan pertanyaan dan jawapan perdebatannya dengan gembala kambing .Cendekiawan menerangkan “ Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali , sebenarnya saya tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah Cuma yang pertama sahaja ?أشهد أن لا اله إلا الله jawab yang diberikan oleh gembala kambing itu dua jari , menunjukkan syahadah itu ada dua iaitu
أشهد أن محمدا رسول الله"
Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun Islam dua ? Gembala kambing member jawapan lima , hamba tunjukkan lima jari , maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja ? jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman itu enam .
Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk , betullah sebab Allah berkuasa .Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjukkan kelangit , gembala kambing mengeluarkan pisau kontot menjunamkan ke bumi .Betullah … kerana Allah yang jadikan langit dan bumi .”
Ayam itu sebenarnya soalan bonus … apakah asal usul kejadian ayam ? jawapnya telur …… Sesungguhnya aku amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya , serta menyebarkan “ raja tersenyum gembira akan keterangan yang diberikan oleh cendikiawan itu .
Kemudian gembala kambing dipanggil untuk mengadap raja , maka diberikan ganjaran yang ditelah dijanjikan , Raja hendak tahu bagaimana gembala itu dapat menjawab dengan betul , adakah soalan itu bocor ? Gembala kambing pun bercerita “ Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu .dia tunjuk satu jari , maknanya hamba boleh bagi satu sahaja , maka hamba jawab dua pun hamba boleh bagi .Dia tunjuk dua maknya dia nak bagi dua pula maksudnya .Dan hamba jawab lima pun boleh .
Kemudian dia tunjuk lima , maknanya takkan lima jea …? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia .”
“Lepas itu dia tujuk bulatan , maknanya dia nak semua kambing hamba .Hamba pun tunjukkan penumbuk tanda hamba tak beri , kemudian dia tunjuk pedang , wah , wah .. dia ingat orang kaya je ada pedang .Hamba tunjuk pisau kontot hamba .Sekurang –kurang ada pisau kontot .Kemudian dia tunjuk ayam pulak .
Amboi … mentang- mentanglah dia kaya , selalu makan ayam , Hamba pun mampu , walaupun hanya telur ayam , bersyukur , kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam , sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi .
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing .Sungguh besar keagungan Tuhan …. Walauapa sekalipun Islam dicabar dan dihina ,Islam akan tetap terbela .والله اعلم بالصواب .

Sunday, September 27, 2009

12 Golongan di Hari Akhirat

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:

يَوْمَ يُنْفَخُ فِى الصُّوْرِ فَتَأْتُوْنَ أَفْوَاجًا

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang Enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."  

Saturday, September 26, 2009

15 Azab meninggalkan solat

15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa
kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”,
begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih

Thursday, September 24, 2009

IKLAN











DAPATKAN SEBUAH BUKU YANG MENGUPAS TENTANG 7 GOLONGAN DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH DI HARI AKHIRAT
1.IMAM YANG ADIL
2.PEMUDA /REMAJA (LELAKI /PEREMPUAN YANG TEKUN BERIBADAT KEPADA ALLAH.
3.SEORANG LELAKI YANG TERPAUT KEPADA MASJID
4.DUA ORANG BERSAHABAT KERANA ALLAH
5.SEORANG YANG SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH
6.SEORANG LELAKI TIDAK MAHU MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN DIRAYU OLEH WANITA YANG CANTIK
7.PEMBERI SEDEKAH YANG IKHLAS .
KARANGAN : US.HAJI ZAKARIA BIN HAJI OMAR
BERHARGA RM9.00 DENGAN MENHUBUNGI :
1.PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN BHD.
NO.54 JALAN SBC , TAMAN SRI BATU CAVES
68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL . 03- 61842641 H/P 012 – 3883545 .

Monday, September 21, 2009

KENAPA MANSIA DIUJI ?

KENAPA MANUSIA DIUJI?


Kita baru sahaja selesaikan menunaikan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan , yang diuji dengan kelaparan , dahaga dan kesabaran untuk mendapat pangkat ketakwaan ,firman Allah SWT :

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَ امَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُنِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(al-Baqarah : 183)

Dengan ketakwaan ini kita adalah orang yang paling mulia dan tinggi di sisi Allah SWT , firmanNya :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكٌمْ
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

(Al –Hujuraat :13)

Berikut disenaraikan beberapa sebab kenapa manusia diuji oleh Allah SWT :

1.Tuhan menjadikan hidup dan mati untuk mengetahui siapakah di antara kita yang paling baik amalannya ,Firman Allah SWT :


اَلَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أََحْسَنَ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيْزِ الْغَفُوْرُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(AL-MULK : 2)

2.Manusia selepas beriman supaya dapat diketahui siapa yang bersifat benar atau berdusta ,Firman Allah SWT :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتَّرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَ يَفْتَنُوْنَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهمْ فَلْيَعْلَمَنَّ اللهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَ`الْكَاذِبِيْنَ (3

2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka
, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(AL-ANKABUT 2DAN 3 )


3.Manusia diuji dengan beberapa ujian di dalam menjalani kehidupan supaya dan bertawakkal kepada Allah Firman Allah SWT :


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوْعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَ الْأَنْفُسِ وَالْثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الْصَابِرِيْنَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar.


(Al –Baqarah : 155 )



4. Untuk mengetahui siapakah yang beriman atau kafir .Firman Allah SWT :


يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَ امَنُوْا إِذَا جَاءَكُمُ الْمُؤْمِنَاتُ مُهَاجِرَاتٍ فَامْتَحِنُوْهُنَّ , اَللهُ أَعْلَمُ بِإِيْمَانِهِنَّ فَإِنْ عَلِمْتُمُوْهُنَّ فَلاَ تَرْجِعُوْهُنَّ إِلَي الْكُفَّارِ لاَ هُنَّ حِلٌّ لَهُمْ وَلاَ
هُمْ يَحِلّوْنَ لَهُنَّ
Wahai orang-orang yang beriman! apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami

(Al-Mumtahanah : 10 )


Saturday, September 19, 2009

PUASA ENAM BULAN SYAWAL

PUASA ENAM HARI BULAN SYAWAL .

Setelah kita berpuasa sebulan Bulan Ramadhan kita menyambut hari raya fitrah , sebagai kemenangan dari menempuh ujian pada bulan tersebut , menjelangnya 1 syawal maka kita dibenarkan makan dan minum dan lain –lain pada siang hari , diharamkan berpuasa , setelah itu kita disunatkan berpuasa selama enam hari berdasarkan kepada beberapa hadis berikut :

(1) Abu Ayub al-Ansyari meriwayatkan , bahawasa Rasulullah SAW bersabda :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
( صحيح : رواه مسلم , ابوداود , الترميذي ,الدريمي , ابن ماجه , ابن ابي شيبه ,الثاوي ,البيهقي ,دان أحمد .)

“Barang siapa berpuasa Ramadhan , kemudian ia mengikutinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka seakan – akan ia berpuasa sepanjang tahun .”
(Hadis sahih : Riwayat Muslim , Abu Daud , at – Termizi , ad – Darimi ,Ibnu Majah , Ibnu Abi Syaibah , ath – Thahawi , al-Balhaqi dan Ahmad ).

(2) Thaubah mau;a Rasulullah SAW meriwayatkan , bahawa Rasullah SAW bersabda :


مَن صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ , مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
(صحيح : رواه ابن ماجه الدريمي الثاوي , إبْنُ حبان , البيهقي ,دان أحمد )

“Barang siapa berpuasa enam hari selepas hari raya Puasa , maka adalah dia cukup setahun .Barang siapa mengerjakan satu kebajikan , maka baginya sepuluh kali ganda “.
Keterangan :
Puasa sebulan Ramadhan menyamai sepuluh bulan dan puasa enam hari meyampai dua bulan .
Hadis – hadis di atas menyatakan bahawa sunat berpuasa selama enam hari dari bulan Syawal .Pendapat ini dipegang oleh kebanyakkan ulamak , di antaranya Syafie , Ahmad ,dan golongan Ahlul Bait .
Puasa enam hari boleh dilakukan berurut –turut hari selama enam hari , atau tidak berturut – turut hari , di sepanjang bulan Syawal .
Mazhab Syafie mengatakan bahawa lebih utama dengan melakukan dengan cara berturut –turut setelah Hari Raya Puasa .
Amat digalakan berpauasa enam hari di bulan Syawal untuk mendapat pahala yang banyak kerana dengan berpuasa enam itu menggenapkan berpuasa selama setahun .
Selamat menjalani puasa enam hari bulan Syawal ,berilah masa untuk berpuasa walaupun banyak rumah terbuka di sepanjang Syawal ini .

Thursday, September 17, 2009

MENYELESAIKAN MASALAH FARID

URUSAN ULAMAK KAWASAN TEMERLOH SEDIA MENYELESAIKAN MASALAH FARAID
HUBUNGI :
019 -9778975 USTAZ ZAKARIA BIN OMAR

adilfitri

HARI RAYA AIDILFITRI .


Hari Raya Aidilfitri yang juga terkenal dengan Hari Raya Puasa , disyariatkan oleh Allah SWT untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran , dan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Allah SWT .
Hari ini adalah satu hari yang mulia , firman Allah SWT :

……... dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah : 185 )
Dan Rasulullah SAW bersabda :
عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ , رَضَيَ اللهُ عَنْهُ , عَنِ الَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعَيْدِ مُحْتَسَبًا , لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ .(رواه ابن ماجه )
Dari Abu Umamah ,r.a dari Nabi Muhammad SAW sabdaNya :”Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya ( Aidilfitri dan AidilAdha)dengan mengharapkan keredhaan Allah semata –mata ,hatinya tidak akan mati (pada hari Qiamat)sebagaimana matinya hati (orang – orang yang kufur ingkar ) pada hari itu.
(Riwayat Ibnu Majah )
Hadis ini mengambarkan : bahawa pada hari Qiamat kelak. Orang – orang yang beriman dan beramal soleh , hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah SWT .Sebaliknya orang – orang kufur ingkar ,hatinya mati (hampa dan kecewa) padahari itu , kerana dimarkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk – buruk balasan .

Apakah yang perlu dilakukan ketika menyambut hari raya :

(1) sambut dengan takbir :

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya Aidilfitri dan AidilAdha dengan takbir dan tahmid sabgai bersyukur pada hari baik – bulan baik itu .
Sabda Rasulullah Saw :
عَنْ أَنَسٍ , رَضِيَ اللهُ عَنْهُ , , عَنِ الَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " زَيِّنُوْا العِْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتّّقْدِيْسِ . (رواه ابو نعيم ) .
Dari Anas r.a ,dari Nabi Muhammad SAW sabdaNya :”Hiasilah kedua –dau hari raya (Aidilfitri dan AidilAdha) dengan tahlil ,takbir , tahmid dan taqdis .”
(Hadis riwayat :Abu Naim )
Lafaz takbir hari raya :

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , لااله إلا الله و الله أكبر , الله أكبر و لله الحمد .
الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . لااله إلا الله , ولا نعبد إلا إياه , مخلصين له الدين ولو كره الكافرون . لااله إلا الله وحده , صدق وعده , ونصر عبده, وأعز جنده , وهزم الاحزاب وحده , لااله إلا الله , و الله أكبر , الله أكبر و لله الحمد .

Allah Maha Besar , Allah Maha Besar , Allah Maha Besar , Tiada Tuhan melainkan Allah , dan Allah jualah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian .
Allah Maha besar dengan segala kebesaranNya , segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya , Maha suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petang .
Tiada tuhan melainkan Allah , dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya walaupun dibenci oleh orang –orang kafir .
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa , amatlah benar dan tepat janjiNya , Ia telah memenangkan hambaNya (Nabi Muhammad SAW) , Ia juga telah menguatkan tenteraNya , dan dialah jua telah mengalahkan musuh – musuh Islam yang bergabung dari berbagai golongan , tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah jualah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian .

(2) Bahagian takbir :

(1) takbir mursal :takbir yang tidak terikat dengan sesuatu hal dan masa , boleh dilakukan siang malam , di rumah dan masjid sebelum mengerjakan solah hari raya. Pada hari raya puasa dan haji pada malam hari raya hingga bermulanya solat raya .
(2) Muqayyid : terikat dengan sesuatu hal iaitu solat.ini berlaku pada solat hari adiladha .

Solat hari raya adilfitri dan solat hari raya aidiladha .

Hukumnya sunat muakkad , bilangan rakaatnya dua , disunatkan lakukan dengan berjemaah .

Cara mengerjakan solat hari araya secara berjemaah :

1.Niat ,

Lafaz niat solat sunat hari raya fitrah (puasa) :


أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلّهِ تَعَالَى

Sahaja sku solat sunat hari raya fitrah dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah Taala .




BACAAN PADA RAKA’AT PERTAMA

Sebelum membaca fatihah , angkat takbir 7 kali diselangi baca tasbih 6 kali , kemudian iamam baca fatihah, makmum dengar , kemudian makmum baca fatihah , imam baca surah .

BACAAN PADA RAKA’AT KEDUA

Sebelum membaca fatihah , angkat takbir 5 kali diselangi baca tasbih 4 kali , kemudian imam baca fatihah, makmum dengar , kemudian makmum baca fatihah , imam baca surah .

LAFAZ TASBIH .

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maha suci Allah , segala pujian tertentu bagi Allah ,tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah , dan Allah Maha Besar, Dan Tiada kuasa melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar .

KHUTBAH

Dua khutbah dibacakan sebaik –baik sahaja selesai daripada mengerjakan solat bagi mereka yang solat berjemaah ,sabda Rasulullah SAW :

عَنْ إِبْنِ عَبَّاسٍ , , رَضِيَ اللهُ عَنْهُ , قَالَ :" شَهِدْتُ صَلاَةَ الْفِطْرِ مَعَ نَبِيَّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَكُلُّهُمْ يُصَلِّيْهَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ , ثُمَّ يَخْطُبُ (رواه مسلم
SELAMAT HARI DAN MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA FITRAH .

USTAZ ZAKARIA OMAR
KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK
KAWASAN TEMERLOH .

Tuesday, September 8, 2009

Kaedah mencari malam Qadar

KAEDAH MENCARI MALAM AL –QADAR

Menurut pendapat Imam Al-Ghazali adalah seperti di dalam jadual berikut :

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari

Malam Al-Qadar

Ahad atau Rabu

Malam 29 Ramadhan

Isnin

Malam 21 Ramadhan

Selasa atau Jumaat

Malam 27 Ramadhan

Khamis

Malam 25 Ramadhan

Sabtu

Malam 23 Ramadhan

Dipetik dari Kitab “ IDAMAN PENUNTUT PADA MENYELESAIKAN YANG KUSUT (FEQAH ) .OLEH : HAJI ABDUL GHANI BIN HAJI YAHYA .

JILID PERTAMA MUKA SURAT 149 .